Tujuan akaun blog Growing Kids Learning ini diwujudkan adalah untuk melaksanakan tugasan kumpulan kami, pelajar KOLEJ KETENGAH SDN BHD (semester 5) bagi kursus TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PEMBELAJARAN (KPK 2163).
Blog ini akan membantu menambahkan maklumat tentang perkembangan kanak-kanak. Serta blog ini akan mendedahkan perkara-perkara yang perlu ada untuk kanak-kanak bagi mendapat pencapaian yang seimbang dan sihat.
Tujuan akaun blog Growing Kids Learning ini diwujudkan adalah untuk melaksanakan tugasan kumpulan kami, pelajar KOLEJ KETENGAH SDN BHD (semester 5) bagi kursus TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PEMBELAJARAN (KPK 2163).
Kanak-kanak berkembang mengikut milestone:
-Perkembangan bahasa merupakan asas penting dalam kemahiran membaca dan menulis. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik ia akan memudahkan kanak-kanak tersebut untuk mempelajari kemahiran membaca dan menulis.
-Kemahiran literasi awal adalah kemahiran yang perlu ada sebelum kanak-kanak mula belajar membaca dan menulis. Ia juga dianggap sebagai pra-membaca dan menulis, kemahiran ini adalah kemahiran asas yang diperlukan kanak-kanak supaya mereka lebih bersedia untuk belajar membaca dan menulis. Antara contoh kemahiran literasi awal adalah mengajar kanak-kanak melalui perbualan, kosa kata atau bilangan perkataan yang dikuasai, pemahaman cerita, bertutur dan minat membaca.
-Perkembangan fizikal merupakan 1 aspek yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motorfizikal kanak-kanak. Kanak-kanak memperolehi kemahiran yang mengawal pergerakan mengawal tubuh seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain. Perkembangan fizikal dari segi intelek pula ia bersifat kualitatif dimana ia satu proses yang berterusan seperti pencapaian kanak-kanak yang tidak dapat diukur tetapi masih boleh dilihat contohnya bayi yang meniarap semakin menunjukkan kemajuan apabila berjaya merangkap. Kemahiran motor terbahagi kepada tiga iaitu pantulan semula jadi, kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar.
-Manakala untuk pertumbuhan ia lebih kepada saiz badan, ketinggian, bentuk, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang dan juga berat badan. Pertumbuhan bersifat kuantiti seperti berat atau tinggi, iaitu perubahan yang boleh dinilai dan diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Ia melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur, aspek fizikal serta mental. Pertumbuhan akan berakhir apabila seseorang individu berjaya mencapai tahap kematangannya.
-Perkembangan deria, bayi dan kanak-kanak mengenal duniapersekitarannya melalui proses penerokaan. Mereka membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan pengalaman yang dialaminya. Mereka mengumpul pengalaman melalui apa sahaja yang mereka lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk ingin tahu dan meneroka dunia persekitaran dengan deria.
- Dunia persekitaran pula bermaksud kesemua keadaan atau situasi yang terdapat disekeliling kanak-kanak. Keadaan dan situasi ini termasuklah manusia, haiwan, tumbuhan serta semua elemen dan kejadian semulajadi yang ada di dalam dunia dan atmosfera. Adat resam, budaya, agama serta tradisi juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
- Kreativiti dilihat sebagai kunci kepada kecerdasan dan bakat seorang kanak-kanak, ini sebenarnya baik untuk mencungkil bakat yang ada dalam kanak-kanak. Kreativiti lebih khususkan kraf mahupun muzik, drama dan pergerakan, tetapi kreativiti juga subjektif dimana kanak-kanak bebas menghasilkan sesuatu reka cipta mahupun idea dan pandangan yang berbeza-beza.
-Kreativiti juga membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah kerana ia melibatkan proses adaptasi dan fleksibiliti. Sebagai orang disekeliling kanak-kanak kita bertanggungjawab untuk membantu kanak-kanak memperluaskan lagi kreatif yang ada dalam diri mereka. Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bahan dan alat permainan merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk kanak-kanak terus meneroka.
-Matematik adalah satu budang tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan perkiraan daripada mudah hingga kompleks. Ramai yang menganggap matematik hanyalah nombor sahaja tetapi ia adalah luas seperti pemahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, dimensi, kedudukan, corak. Ini sangat penting bagi membina asas pemikiran matematik dan logik.
-Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan iaitu menyatakan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara. Ini membantu kanak-kanak memikirkan kesan atau akibat dari sesuatu perkara yang akan terjadi. Biasanya sesuatu yang logik dimana boleh diterima akal kerana jelas. Contoh antara hubungan, sebab, akibat adalah pada hari panas baju yang dijemur, akan kering, Ini kerana baju kering disebabkan cuaca yang panas. Kemahiran ini penting bagi kanak-kanak untuk membolehkan mereka membuat penaakulan yang betul.
1.Tunjang komunikasi
-Pendedahankemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
2. Tunjang kerohanian sikap dan nilai
- Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
3. Tunjang kemanusiaan
-Pendedahan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan serta alam sekitar setempat, negara dan global
- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
4. Tunjang keterampilan diri
- Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
5. Tunjang perkembangan fizikal dan estetika
- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
- Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan aprisiasi
6. Tunjang sains dan teknologi
- Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- Pengetahuan dan kemahiran matematik
Definisi bagi lokomotor adalah satu kebolehan yang menggunakan otot-otot kasar untuk melakukan pergerakan. Contoh pergerakan yang menggunakan otot-otot kasar ialah melompat, berjalan, berlari, menari dan sebagainya. Otot-otot kasar merupakan otot-otot yang memberi kecergasan kepada kanak-kanak. Antara aktiviti yang melibatkan otot kasar ialah melompat menggunakan dua kaki, melontar bola pada jarak yang jauh, menyambut bola, menyepak bola, membaling pundi kacang ke arah sasaran, naik dan turun tangga, berjalan mengikut garisan zig-zag, menari secara bebas dan pelbagai lagi.
Untuk membantu perkembangan kanak-kanak, pergerakan lokomotor sangat penting kerana ia membantu kanak-kanak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan dari satu tempat ke tempat yang lain. Secara tidak langsung, ia memerlukan ruang untuk kanak-kanak bergerak bebas. Contoh aktiviti yang memerlukan ruang, meniru pergerakan ular, meniru gaya burung terbang, permainan lompat katak dan lain-lain. Kanak-kanak perlu membengkokkan tubuh badan dan menyusur laluan-laluan yang direka. Kanak-kanak kreatif akan membantu tumbesaran lokomotor secara seimbang sesuai dengan tahap umur.
APA ITU BUKAN LOKOMOTOR????
Definisi pergerakan bukan lokomotor adalah kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Kanak-kanak akan difokuskan menggunakan sedikit tenaga berbanding dengan lokomotor. Antara aktiviti yang melibatkan otot-otot kecil ialah memasukkan manik ke dalam tali, mengangkat tangan, menggunting kertas dan menari setempat dan sebagainya yang berkaitan motor halus. Pergerakan bukan lokomotor merupakan keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan iaitu tidak menggunakan ruang yang banyak. Ia lebih tertumpu pada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka tutup serta pusing putar badan. Antara contoh lain pergerakan bukan lokomotor ialah mengilas badan, memusing, menunduk, menghayun tangan, mengankat buku, menolak kerusi, menarik tali, menyentuh tekstur bahan,membuai badan dan lain-lain lagi.
Pergerakan bukan lokomotor perlu dititikberatkan kerana ia mengajar kanak-kanak untuk menguasai keseimbangan tubuh dan kordinasi tubuh yang lain. Keseimbangan tubuh merupakan salah satu faktor yang diperlukan kanak-kanak dalam melakukan gerakan yang berkesan dan cekap. Keseimbangan yang baik akan mengelakkan kanak-kanak tersungkur ketika melakukan aktiviti kerana ia mampu dikawal melalui pergerakan bukan lokomotor.
Pemakanan yang seimbang akan memastikan tubuh kita memperolehi tenaga dan nutrien
yang berterusan dan mencukupi bagi pengekalan funsi sistem tubuh badan. Pengekalan ini
membantu kanak-kanak untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Pemakanan seimbang akan mengurangkan risiko masalah pemakanan serta melindungi
kita dari jangkitan penyakit. Ia membantu menguatkan tubuh badan agar terus sihat dan
kuat bertenaga.
KEPENTINGAN PEMAKANAN SEIMBANG
๐ผ Membina tulang yang kuat
- Pastikan pemakanan kanak² mengandungi jumlah kalsium & vitamin D yg mencukupi.
- Nutrien² ini boleh didapati dalam susu & produk tenusu seperti keju dan yogurt.
๐ผ Membina otot
- Semasa kanak² membesar & berkembang, dia akak menjadi aktif. Kanak² memerlukan otot yg sihat untuk melakukan aktiviti.
- Berikan kanak² diet yg mengandungi protein yg mencukupi.
- Protein boleh didapati dalam daging, ayam, ikan, telur & kacang.
๐ผ Tenaga untuk badan
- Berikan kanak² karbohidrat kompleks bukan sahaja membekalkan tenaga tetapi juga serat, vitamin & mineral.
- Contoh yg baik seperti nasi perang, roti bijirin penuh, oat, bijirin sarapan, mi dan pasta.
๐ผ Mencegah obesiti dan penyakit kronik
- Memberi kanak² makanan yg sihat & seimbang dpt mencegah obesiti dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain.
- Elakkan memberi makanan ringan, makanan segera dan minuman berkarbonat seperti jajan, coklat, maggi, sosej, nugget, dan lain-lain.
BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK !!
๐ถ๐ป Dari lahir hingga 6 bulan
- Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi.
- Penyusuan ibu harus diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.
- Jika bayi diberi susu formula, ia harus disediakan mengikut
arahan di label susu.
๐ถ๐ป Dari 6 hingga 8 bulan
- Susu ibu masih diteruskan di samping pengenalan makanan
pelengkap.
- Mulakan pemberian makanan pelengkap dgn jumlah yg kecil.
- Berikan makanan yg dikisar halus utk tempoh seminggu yg
pertama, diikuti makanan yg dipuri, dilecek & separa pejal.
- Celur & kisar sayur berdaun sebelum ditambah ke dalam bubur.
- Elakkan penambahan garam, gula atau perisa tiruan dalam
makanan bayi.
๐ถ๐ป Dari 9 hingga 11 bulan
- Berikan bayi makanan yang dicincang atau dipotong kecil dan
dimasak sehingga lembut.
- Makanan jejari contohnya biskut bayi, batang lobak merah
direbus, potongan buah-buahan yang lembut.
๐ถ๐ป Dari 1 hingga <4 tahun
- Berikan makanan keluarga yang lembut dan tidak pedas.
- Berikan makanan yang berkuah atau bersup.
- Berikan hidangan ayam atau ikan yang disediakan tanpa tulang.
- Sediakan makanan yang kurang garam, gula dan tanpa perisa
tiruan.
CONTOH MENU MAKANAN
| 6 - 8 BULAN (MAKANAN DILECEK/ DIPURI) | 9 - 11 BULAN (MAKANAN DICINCANG/ DIPOTONG KECIL) | 1 - <4 TAHUN (MAKANAN DIPOTONG KECIL/ TANPA TULANG) | |||
SARAPAN PAGI 8.00 PAGI | ● ½ - 1 senduk bubur nasi ● 1 sudu makan bayam ● 1 sudu makan lobak merah ● susu | ● ½ keping roti ● ½ sudu teh jem ● susu | ● 1 senduk bihun goreng yg mengandungi: - 2 biji bebola ikan - 2 sudu makan sawi - 2 sudu makan lobak merah ● susu | |||
MINUM PAGI 10.00 PAGI | ● 2 sudu makan pisang ● susu | ● 2 potong epal ● susu | ● ½ potong tembikai susu ● minuman susu bercoklat | |||
MAKAN TENGAH HARI 12.30 TENGAH HARI | ● ½ - 1 senduk bubur nasi ● 1 sudu teh daging ● 1 sudu makan tomato ● air kosong | ● ¾ cawan mi sup yg mengandungi: - 1 sudu teh isi ayam - 1 sudu teh tauhu - 1 sudu makan bayam - ½ sudu minyak sayuran ● air kosong | ● 1 senduk nasi ayam yg mengandungi: - 2 keping ayam - 2 keping timun - 1 senduk sup ayam ● 1 potong jambu batu ● air kosong | |||
MINUM PETANG | ● 1 sudu makan | ● ½ potong | ● 1 potong kek | |||
4.00 PETANG | ● | oren susu | ● | tembikai susu | ● | mentega air barli |
● | air kosong | |||||
MAKAN MALAM 6.30 PETANG | ● ● ● ● | ½ - 1 senduk bubur nasi 1 sudu teh ikan bilis 1 sudu makan bayam air kosong | ● ● - - - - - ● ● | 1 - 1 ½ senduk bubur nasi pekat 1 senduk sup mengandungi: 1 sudu teh daging 1 sudu teh kentang 1 ½ sudu makan lobak merah 1 ½ sudu makan tomato 1 sudu teh minyak sayuran 2 potong oren air kosong | ● ● ● ● ● ● | 1 senduk nasi putih + ½ sudu teh marjerin ½ ekor ikan kembong masak pindang 2 sudu makan kangkung 2 sudu makan tomato 1 potong epal air kosong |
MINUM MALAM 9.00 MALAM | ● | susu | ● | susu | ● | susu |