Tuesday, December 1, 2020

LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR



 APA ITU LOKOMOTOR ????

Definisi bagi lokomotor adalah satu kebolehan yang menggunakan otot-otot kasar untuk melakukan pergerakan. Contoh pergerakan yang menggunakan otot-otot kasar ialah melompat, berjalan, berlari, menari dan sebagainya. Otot-otot kasar merupakan otot-otot yang memberi kecergasan kepada kanak-kanak. Antara aktiviti yang melibatkan otot kasar ialah melompat menggunakan dua kaki, melontar bola pada jarak yang jauh, menyambut bola, menyepak bola, membaling pundi kacang ke arah sasaran, naik dan turun tangga, berjalan mengikut garisan zig-zag, menari secara bebas dan pelbagai lagi. 

Untuk membantu perkembangan kanak-kanak, pergerakan lokomotor sangat penting kerana ia membantu kanak-kanak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan dari satu tempat ke tempat yang lain. Secara tidak langsung, ia memerlukan ruang untuk kanak-kanak bergerak bebas. Contoh aktiviti yang memerlukan ruang, meniru pergerakan ular, meniru gaya burung terbang, permainan lompat katak dan lain-lain. Kanak-kanak perlu membengkokkan tubuh badan dan menyusur laluan-laluan yang direka. Kanak-kanak kreatif akan membantu tumbesaran lokomotor secara seimbang sesuai dengan tahap umur.


APA ITU BUKAN LOKOMOTOR????

 Definisi pergerakan bukan lokomotor adalah kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Kanak-kanak akan difokuskan menggunakan sedikit tenaga berbanding dengan lokomotor. Antara aktiviti yang melibatkan otot-otot kecil ialah memasukkan manik ke dalam tali, mengangkat tangan, menggunting kertas dan menari setempat dan sebagainya yang berkaitan motor halus. Pergerakan bukan lokomotor merupakan keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan iaitu tidak menggunakan ruang yang banyak. Ia lebih tertumpu pada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka tutup serta pusing putar badan. Antara contoh lain pergerakan bukan lokomotor ialah mengilas badan, memusing, menunduk, menghayun tangan, mengankat buku, menolak kerusi, menarik tali, menyentuh tekstur bahan,membuai badan dan lain-lain lagi.

Pergerakan bukan lokomotor perlu dititikberatkan kerana ia mengajar kanak-kanak untuk menguasai keseimbangan tubuh dan kordinasi tubuh yang lain. Keseimbangan tubuh merupakan salah satu faktor yang diperlukan kanak-kanak dalam melakukan gerakan yang berkesan dan cekap. Keseimbangan yang baik akan mengelakkan kanak-kanak tersungkur ketika melakukan aktiviti kerana ia mampu dikawal melalui pergerakan bukan lokomotor.

Klik disini👆


No comments:

Post a Comment