SUBJEK KREATIF

 

Definisi muzik :

  • Bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri.
  • Untuk menghasilkan muzik yang berkualiti, penyusunan elemen muzik yang betul dan terperinci diperlukan.
Kepentingan muzik :

- Dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak
  • Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. 
  • Melalui muzik, kanak-kanak mengenal bunyi huruf dan perkataan. 
  • Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf.
- Dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak
  • Tidak dinafikan juga, muzik membantu perkembangan emosi dan menjadi terapi dalam pelbagai situasi.
  • Bayi sering memerlukan 'lullaby' ketika mendodoikan mereka. 
- Dapat meningkatkan daya fikir
  • Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan.
  • Bukan sekadar di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk menghafal sesuatu melalui irama dan rima.
- Boleh mengajarkan disiplin 
  • Ibu bapa dapat menjadikan muzik sebagai salah satu cara mendisiplinkan anak-anak dengan jadual seharian.
  • Contoh untuk menggunakan muzik sebagai 'transition' , daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
👉 Picking up toys ("toys away, toys away, it's time to put the toys away")
👉 Brushing teeth ("brushing, brushing, brushing teeth", sung to the tune of "London Bridge is Falling Down")
👉 Taking a bath ("Now it's bath time, now it's bath time, yes it is", sung to the tune of "Are You Sleeping")


BERMAIN ALAT MUZIK MENGIKUT UMUR

6- 9 BULAN
🎵 Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia.
🎵 Memanipulsi benda yang boleh dicapainya dan tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi daripada objek.
🎵 Bayi akan tekan, tendang, pukul hampir semua benda yang berada disekelilingnya untuk          menghasilkan bunyi.
🎵 koordinasi mata-tangan bayi terbentuk.







18 BULAN - 2 TAHUN
🎵 Kanak-kanak akan mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi
🎵 Contoh: kanak-kanak mengambil cawan, magkuk dan peralatan tertentu untuk menghasilkan bunyi. 

2-3 ½ TAHUN
🎵 Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat.
🎵 Kanak-kanak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman.
🎵 Berikan mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik spt zilofon, drum, paip, rebana @ marakas.
🎵 Boleh reka sendiri dgn bahan terpakai spt botol, tin.  

4-5 TAHUN
Mula melakukan percubaan dengan alat muzik sebenar.
Boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik & memainkan pelbagai irama muzik, baik utk mengiringi lagu @ dendangan muzik @ mencipta lagu sendiri. 








 KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

       👉Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

   💜 Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

      💜 Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta merta.

(c) Aspek Kreativiti

     💜 Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

 

(d) Aspek Persepsi

   💜 Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

    💜 Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 


HASIL SENI KANAK-KANAK 

                                  gambar 1 guntingan                    gambar 2 capan

                                       gambar 3 kolaj                              gambar 4 lipatan

                             gambar 5 anyaman                                gambar 6 lukisan 



No comments:

Post a Comment