APLIKASI GAMES UNTUK KANAK-KANAK

  APLIKASI PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK

 

   Untuk menggalakkan kanak² mempelajari perkara² mudah seperti warna, bentuk, huruf & nombor dgn cara yg menghiburkan.


  Setiap 'games' mempunyai tahap umur yang berbeza.


  Aplikasi ini bukan hanya membina keseronokan malah menarik minat kanak² utk belajar sambil bermain.


  Dalam setiap 'games' mempunyai penceritaan suara, grafik yg berwarna-warni & kesan bunyi yg menyeronokkan dpt membantu kanak² untuk belajar huruf, ejaan, matematik & banyak lagi.

 

CONTOH GAMES UTK KANAK2

 

1. BABY GAMES


Tekan disini👆

-  Mempunyai 15 jenis permainan yg menarik minat kanak² dlm satu 

    aplikasi.


- Satu permainan kanak² dgn gambar yg berwarna-warni & animasi yang kreatif contohnya haiwan, permainan & lain².


- Sesuai utk kanak² berumur 2 hingga 4 tahun.

- Dalam games ini , kanak² dpt:

1. menyebut nama haiwan & ucapkan terima kasih.

2. mempelajari tentang warna, bentuk & ciri².

3. pujian & hadiah :

bintang, belon jika berjaya menyelesaikan aktiviti.



2. COLORS AND SHAPE



 






Tekan disini 👆


- Terdapat 2 pembelajaran dalam aplikasi ini iaitu warna dan bentuk

  dan dibahagikan kepada 4 mini games untuk setiap pembelajaran.


- Sesuai utk kanak² berumur 3 tahun ke atas.

- Aplikasi ini bagus & mudah untuk download kerana tidak 

  dikenakan bayaran

- Tidak menggunakan data yang 

  banyak.  


 KEBAIKAN  PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK


🌈 Menambah ilmu pengetahuan 

Kanak² akan dibekalkan dgn ilmu pengetahuan sambil bermain. 

Permainan yg dipilih oleh mereka pada masa yg sama mendidik mereka dlm mengiri, membaca, mengenali bentuk & warna serta menghafal. 

 🌈 ​Menguatkan daya ingatan 

Permainan memori membantu menguatkan daya ingatan kanak² dgn menggunakan objek seperti buahan² & haiwan yg comel bagi menajamkan ingatan mereka. 

Dengan ini, kanak² akan lebih mudah menghafal sesuatu ayat. 

🌈​ Meningkatkan daya kreativiti & imaginasi

Kanak² akan lebih cepat bertindak balas dgn sesuatu yg nyata & mempunyai daya tarikan warna yg menarik, cahaya, bunyi dan gambar. 

Mereka akan menggambarkan sesuatu dlm benak fikiran dan berlakulah proses penaakulan dlm pencarian definisi dan penyelesaian masalah. 

 🌈 ​Memberi pemahaman bentuk & warna 

Kanak² akan lebih mengenali bentuk dan warna di sekeliling mereka. 

Mereka dapat membezakan bentuk & warna yg tertentu bagi suatu keadaan dan situasi pada ketika itu. 

🌈 ​Meningkatkan kemahiran matematik

Kanak² dpt mengasah kemahiran mengira mereka pada usia muda  - pembelajaran menambah & menolak pada umur tadika akan membantu mereka agar lebih maju di peringkat sekolah rendah. 

🌈 ​Meningkatkan kemahiran membaca 

Permainan seperti mengenai huruf dan ejaan membantu mereka agar lebih bijak dlm pembacaan huruf & ejaan.

Permainan kata nama dan kata kerja juga salah satu teknik pembelajaran bagi kanak² agar dapat membina ayat yg lancar dan betul







KEBURUKAN PERMAINAN GAME

 Membantutkan perkembangan sosial

Apabila mereka didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan & kawalan, mereka akan menjadi ketagih dengan permainan tersebut & akan merencatkan pertumbuhan yang sepatutnya dicapai. 

Ketagihan bermain permainan game merupakan masalah yang besar kerana ia sangat mempengaruhi kanak-kanak sepanjang proses perkembangan mereka.  

Kanak-kanak juga akan kehilangan tahap keyakinan diri dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bergaul dgn masyarakat bgi aktiviti luar. 

 ⚡ Meninggalkan Kesan kepada sikap. 

Kanak² menjadi leka dan sifat malas makin berleluasa. Ini kerana ibubapa memberi kanak-kanak bermain tanpa peraturan. 

Mereka juga menjadi kurang memberikan perhatian di dalam pembelajaran kerana mereka akan sentiasa memikirkan permainan yg ada di dalam ipad, tablet & telefon bimbit. 

">Intelek kanak-kanak akan lebih terbantut jika terlalu didedahkan dengan dunia maya. Kanak-kanak tidak dapat membina pengalaman baru secara nyata. 

 ⚡ Menjejaskan kesihatan 

Games memberi impak kesihatan yg buruk kepada kanak² terutamanya masalah penglihatan rabun jauh & dekat. Ini berpunca kerana melihat cahaya pada telefon dalam jangka masa yang panjang dan pada jarak yang sangat dekat atau jauh.

Dari segi pemakanan pula kanak-kanak akan kekurangan zat makanan. Bukan sahaja zat tetapi pengambilan makanan juga tidak teratur disebabkan terlalu fokos kepada games sehingga mereka mengabaikan masa makan. 

 ​Menjejaskan Emosi kanak-kanak

 Kanak-kanak akan mudah marah kerana kanak-kanak tidak dapat mengawal kesabaran. Permainan pada zaman ini sangat canggih dimana kanak-kanak tidak perlu menunggu dalam masa yang lama untuk proses seterusnya. 

Kanak-kanak juga akan mengamuk sebagai tanda protes tidakbersetuju atau menolak. Kanak-kanak akan kurang didikan moral jika terlalu obses dengan permainan games 

 

No comments:

Post a Comment