Thursday, November 19, 2020

KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

       👉Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

   💜 Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

      💜 Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta merta.

(c) Aspek Kreativiti

     💜 Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

 

(d) Aspek Persepsi

   💜 Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

    💜 Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 


HASIL SENI KANAK-KANAK 

                                  gambar 1 guntingan                    gambar 2 capan

                                       gambar 3 kolaj                              gambar 4 lipatan

                             gambar 5 anyaman                                gambar 6 lukisan 

No comments:

Post a Comment