Wednesday, November 18, 2020

MUZIK UNTUK KANAK-KANAK



 

Definisi muzik :

  • Bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri.
  • Untuk menghasilkan muzik yang berkualiti, penyusunan elemen muzik yang betul dan terperinci diperlukan.
Kepentingan muzik :

- Dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak
  • Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. 
  • Melalui muzik, kanak-kanak mengenal bunyi huruf dan perkataan. 
  • Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf.
- Dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak
  • Tidak dinafikan juga, muzik membantu perkembangan emosi dan menjadi terapi dalam pelbagai situasi.
  • Bayi sering memerlukan 'lullaby' ketika mendodoikan mereka. 
- Dapat meningkatkan daya fikir
  • Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan.
  • Bukan sekadar di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk menghafal sesuatu melalui irama dan rima.
- Boleh mengajarkan disiplin 
  • Ibu bapa dapat menjadikan muzik sebagai salah satu cara mendisiplinkan anak-anak dengan jadual seharian.
  • Contoh untuk menggunakan muzik sebagai 'transition' , daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
πŸ‘‰ Picking up toys ("toys away, toys away, it's time to put the toys away")
πŸ‘‰ Brushing teeth ("brushing, brushing, brushing teeth", sung to the tune of "London Bridge is Falling Down")
πŸ‘‰ Taking a bath ("Now it's bath time, now it's bath time, yes it is", sung to the tune of "Are You Sleeping")


BERMAIN ALAT MUZIK MENGIKUT UMUR

6- 9 BULAN
🎡 Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia.
🎡 Memanipulsi benda yang boleh dicapainya dan tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi daripada objek.
🎡 Bayi akan tekan, tendang, pukul hampir semua benda yang berada disekelilingnya untuk          menghasilkan bunyi.
🎡 koordinasi mata-tangan bayi terbentuk.







18 BULAN - 2 TAHUN
🎡 Kanak-kanak akan mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi
🎡 Contoh: kanak-kanak mengambil cawan, magkuk dan peralatan tertentu untuk menghasilkan bunyi. 

2-3 ½ TAHUN
🎡 Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat.
🎡 Kanak-kanak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman.
🎡 Berikan mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik spt zilofon, drum, paip, rebana @ marakas.
🎡 Boleh reka sendiri dgn bahan terpakai spt botol, tin.  

4-5 TAHUN
Mula melakukan percubaan dengan alat muzik sebenar.
Boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik & memainkan pelbagai irama muzik, baik utk mengiringi lagu @ dendangan muzik @ mencipta lagu sendiri. 








No comments:

Post a Comment