Friday, November 13, 2020

KEBURUKAN PERMAINAN GAME UNTUK KANAK-KANAK

KEBURUKAN PERMAINAN GAME

 Membantutkan perkembangan sosial

Apabila mereka didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan & kawalan, mereka akan menjadi ketagih dengan permainan tersebut & akan merencatkan pertumbuhan yang sepatutnya dicapai. 

Ketagihan bermain permainan game merupakan masalah yang besar kerana ia sangat mempengaruhi kanak-kanak sepanjang proses perkembangan mereka.  

Kanak-kanak juga akan kehilangan tahap keyakinan diri dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bergaul dgn masyarakat bgi aktiviti luar. 

 ⚡ Meninggalkan Kesan kepada sikap. 

Kanak² menjadi leka dan sifat malas makin berleluasa. Ini kerana ibubapa memberi kanak-kanak bermain tanpa peraturan. 

Mereka juga menjadi kurang memberikan perhatian di dalam pembelajaran kerana mereka akan sentiasa memikirkan permainan yg ada di dalam ipad, tablet & telefon bimbit. 

">Intelek kanak-kanak akan lebih terbantut jika terlalu didedahkan dengan dunia maya. Kanak-kanak tidak dapat membina pengalaman baru secara nyata. 

 ⚡ Menjejaskan kesihatan 

Games memberi impak kesihatan yg buruk kepada kanak² terutamanya masalah penglihatan rabun jauh & dekat. Ini berpunca kerana melihat cahaya pada telefon dalam jangka masa yang panjang dan pada jarak yang sangat dekat atau jauh.

Dari segi pemakanan pula kanak-kanak akan kekurangan zat makanan. Bukan sahaja zat tetapi pengambilan makanan juga tidak teratur disebabkan terlalu fokos kepada games sehingga mereka mengabaikan masa makan. 

 ​Menjejaskan Emosi kanak-kanak

 Kanak-kanak akan mudah marah kerana kanak-kanak tidak dapat mengawal kesabaran. Permainan pada zaman ini sangat canggih dimana kanak-kanak tidak perlu menunggu dalam masa yang lama untuk proses seterusnya. 

Kanak-kanak juga akan mengamuk sebagai tanda protes tidakbersetuju atau menolak. Kanak-kanak akan kurang didikan moral jika terlalu obses dengan permainan games 

No comments:

Post a Comment