Monday, December 7, 2020

GROWING KIDS LEARNING



EMAIL : teamfixit3@gmail.COM

 

Tujuan akaun blog Growing Kids Learning ini diwujudkan adalah untuk melaksanakan tugasan kumpulan kami, pelajar KOLEJ KETENGAH SDN BHD (semester 5) bagi kursus TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI SEBAGAI ALAT RANGSANGAN PEMBELAJARAN (KPK 2163)

 

#AHLI-AHLI AWESOME ADMIN

NUR AFIKA BINTI RASID 
101903345
NUR DAYANA SOFEA BINTI MOHAMAD

 

 

101903339
NURUL NADIAH BINTI ZAINUDDIN
101903328












Wednesday, December 2, 2020

BIDANG DAN TUNJANG PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

 Kanak-kanak berkembang mengikut milestone:

 untuk peringkat bayi hingga 2 tahun terdapat 6 bidang perkembangan

1. Bidang sahsiah sosioemosi dan kerohanian

 -Pada tahap ini, bayi akan mula menyedari dan menunjukkan rasa takut atau bimbang terhadap orang lain. Kanak-kanak suka dipuji terhadap segala perbuatan yang mereka lakukan. Kanak-kanak ketika ini juga akan menunjukkan kelangsungan fizikal seperti mimik muka, bahasa badan terutamanya ketika mereka kecewa atau marah. Pada tahap ini normal untuk mereka tidak sabar atau cepat marah contohnya marah jika susu lambat siap. Hal ini kerana mereka masih belum mengetahui apa yang di maksudkan kesabaran. Kanak-kanak juga bersifat suka mengarah dan meminta sesuatu dengan segera. Jadi ibu bapa perlulah bersabar sepanjang pembesaran kanak-kanak berkembang.  Tidak hairanlah pada peringkat ini kanak-kanak sering melawan dengan menjerit 'tak nak'.

-mula menunjukkan rasa empati, belas kasihan dan mengambil berat tentang orang lain dengan cara memujuk. Tidak putus asa dalam menyelesaikan masalah. Kanak-kanak sukar membuat pilihan mereka mahukan kesemuanya. Mereka juga menyayangi barangan kepunyaan sendiri dan belum bersedia untuk berkongsi dengan orang lain. Tahap umur 2 tahun, kanak-kanak ini akan memerhati dan meniru cara kanak-kanak lain bermain tetapi tidak turut bermain bersama kerana mereka lebih selesa bermain secara bersendirian dan berimaginasi.

 

2. Bidang bahasa, komunikasi dan literasi awal

 -Perkembangan bahasa merupakan asas penting dalam kemahiran membaca dan menulis. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang baik ia akan memudahkan kanak-kanak tersebut untuk mempelajari kemahiran membaca dan menulis. 

-Kemahiran literasi awal adalah kemahiran yang perlu ada sebelum kanak-kanak mula belajar membaca dan menulis. Ia juga dianggap sebagai pra-membaca dan menulis, kemahiran ini adalah kemahiran asas yang diperlukan kanak-kanak supaya mereka lebih bersedia untuk belajar membaca dan menulis. Antara contoh kemahiran literasi awal adalah mengajar kanak-kanak melalui perbualan, kosa kata atau bilangan perkataan yang dikuasai, pemahaman cerita, bertutur dan minat membaca.

3. Bidang perkembangan fizikal

-Perkembangan fizikal merupakan 1 aspek yang menekankan asas pertumbuhan, pembesaran dan kemahiran motorfizikal kanak-kanak. Kanak-kanak memperolehi kemahiran yang mengawal pergerakan mengawal tubuh seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain. Perkembangan fizikal dari segi intelek pula ia bersifat kualitatif dimana ia satu proses yang berterusan seperti pencapaian kanak-kanak yang tidak dapat diukur tetapi masih boleh dilihat contohnya bayi yang meniarap semakin menunjukkan kemajuan apabila berjaya merangkap. Kemahiran motor terbahagi kepada tiga iaitu pantulan semula jadi, kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar.

-Manakala untuk pertumbuhan ia lebih kepada saiz badan, ketinggian, bentuk, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang dan juga berat badan. Pertumbuhan bersifat kuantiti seperti berat atau tinggi, iaitu perubahan yang boleh dinilai dan diukur dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Ia melibatkan perubahan dari segi saiz dan struktur, aspek fizikal serta mental. Pertumbuhan akan berakhir apabila seseorang individu berjaya mencapai tahap kematangannya.

4. Bidang deria dan pemahaman dunia persekitaran

-Perkembangan deria, bayi dan kanak-kanak mengenal duniapersekitarannya melalui proses penerokaan. Mereka membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan pengalaman yang dialaminya. Mereka mengumpul pengalaman melalui apa sahaja yang mereka lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Kanak-kanak perlu dirangsang untuk ingin tahu dan meneroka dunia persekitaran dengan deria.

- Dunia persekitaran pula bermaksud kesemua keadaan atau situasi yang terdapat disekeliling kanak-kanak. Keadaan dan situasi ini termasuklah manusia, haiwan, tumbuhan serta semua elemen dan kejadian semulajadi yang ada di dalam dunia dan atmosfera. Adat resam, budaya, agama serta tradisi juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

5. Bidang kreativiti dan estetika

- Kreativiti dilihat sebagai kunci kepada kecerdasan dan bakat seorang kanak-kanak, ini sebenarnya baik untuk mencungkil bakat yang ada dalam kanak-kanak. Kreativiti lebih khususkan kraf mahupun muzik, drama dan pergerakan, tetapi kreativiti juga subjektif dimana kanak-kanak bebas menghasilkan sesuatu reka cipta mahupun idea dan pandangan yang berbeza-beza.

-Kreativiti juga membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah kerana ia melibatkan proses adaptasi dan fleksibiliti. Sebagai orang disekeliling kanak-kanak kita bertanggungjawab untuk membantu kanak-kanak memperluaskan lagi kreatif yang ada dalam diri mereka. Mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bahan dan alat permainan merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk kanak-kanak terus meneroka.   

6. Bidang awal matematik dan pemikiran logik

-Matematik adalah satu budang tentang kuantiti, anggaran, persamaan, perbezaan, perbandingan, susunan, padanan, sukatan, bentuk, corak, ruang, masa, kedudukan, dan perkiraan daripada mudah hingga kompleks. Ramai yang menganggap matematik hanyalah nombor sahaja tetapi ia adalah luas seperti pemahaman tentang bentuk, kuantiti, ruang, dimensi, kedudukan, corak. Ini sangat penting bagi membina asas pemikiran matematik dan logik.

-Pemikiran logik ialah proses berfikir yang berasaskan penaakulan iaitu menyatakan sebab atau alasan kepada sesuatu perkara. Ini membantu kanak-kanak memikirkan kesan atau akibat dari sesuatu perkara yang akan terjadi. Biasanya  sesuatu yang logik dimana boleh diterima akal kerana jelas. Contoh antara hubungan, sebab, akibat adalah pada hari panas baju yang dijemur, akan kering, Ini kerana baju kering disebabkan cuaca yang panas. Kemahiran ini penting bagi kanak-kanak untuk membolehkan mereka membuat penaakulan yang betul. 


Bagi peringkat 3 tahun hingga 6 tahun kanak-kanak akan menggunakan 6 tunjang ini


1.Tunjang komunikasi

-Pendedahankemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi 

2. Tunjang kerohanian sikap dan nilai

- Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

3. Tunjang kemanusiaan

-Pendedahan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan serta alam sekitar setempat, negara dan global

- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

4. Tunjang keterampilan diri

- Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

5. Tunjang perkembangan fizikal dan estetika

- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

- Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan aprisiasi

6. Tunjang sains dan teknologi 

- Pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

- Pengetahuan dan kemahiran matematik

Tuesday, December 1, 2020

LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR



 APA ITU LOKOMOTOR ????

Definisi bagi lokomotor adalah satu kebolehan yang menggunakan otot-otot kasar untuk melakukan pergerakan. Contoh pergerakan yang menggunakan otot-otot kasar ialah melompat, berjalan, berlari, menari dan sebagainya. Otot-otot kasar merupakan otot-otot yang memberi kecergasan kepada kanak-kanak. Antara aktiviti yang melibatkan otot kasar ialah melompat menggunakan dua kaki, melontar bola pada jarak yang jauh, menyambut bola, menyepak bola, membaling pundi kacang ke arah sasaran, naik dan turun tangga, berjalan mengikut garisan zig-zag, menari secara bebas dan pelbagai lagi. 

Untuk membantu perkembangan kanak-kanak, pergerakan lokomotor sangat penting kerana ia membantu kanak-kanak untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan dari satu tempat ke tempat yang lain. Secara tidak langsung, ia memerlukan ruang untuk kanak-kanak bergerak bebas. Contoh aktiviti yang memerlukan ruang, meniru pergerakan ular, meniru gaya burung terbang, permainan lompat katak dan lain-lain. Kanak-kanak perlu membengkokkan tubuh badan dan menyusur laluan-laluan yang direka. Kanak-kanak kreatif akan membantu tumbesaran lokomotor secara seimbang sesuai dengan tahap umur.


APA ITU BUKAN LOKOMOTOR????

 Definisi pergerakan bukan lokomotor adalah kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Kanak-kanak akan difokuskan menggunakan sedikit tenaga berbanding dengan lokomotor. Antara aktiviti yang melibatkan otot-otot kecil ialah memasukkan manik ke dalam tali, mengangkat tangan, menggunting kertas dan menari setempat dan sebagainya yang berkaitan motor halus. Pergerakan bukan lokomotor merupakan keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan iaitu tidak menggunakan ruang yang banyak. Ia lebih tertumpu pada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka tutup serta pusing putar badan. Antara contoh lain pergerakan bukan lokomotor ialah mengilas badan, memusing, menunduk, menghayun tangan, mengankat buku, menolak kerusi, menarik tali, menyentuh tekstur bahan,membuai badan dan lain-lain lagi.

Pergerakan bukan lokomotor perlu dititikberatkan kerana ia mengajar kanak-kanak untuk menguasai keseimbangan tubuh dan kordinasi tubuh yang lain. Keseimbangan tubuh merupakan salah satu faktor yang diperlukan kanak-kanak dalam melakukan gerakan yang berkesan dan cekap. Keseimbangan yang baik akan mengelakkan kanak-kanak tersungkur ketika melakukan aktiviti kerana ia mampu dikawal melalui pergerakan bukan lokomotor.

Klik disini👆