Saturday, November 28, 2020

TEKNIK MENARIK MINAT MAKAN KANAK-KANAK

 5 teknik menarik semula minat kanak-kanak kepada makanan

1. warna
πŸ‘‰ tukarkan pinggan ke pinggan berwarna tapi elak gunakan warna seperti merah, hitam, dark brown yang kurang mengambil perhatian anak. warna seperti kuning, hijau, biru, purple wana yang menarik.
πŸ‘‰ gunakam pelbagai warna dalam masakan.
πŸ‘‰ persembahan makanan itu penting.
πŸ‘‰tambah warna dari sayur-sayuran. sumber protien atau condiment macam peper, daun sup, daun bawang dan sebagainya.

2 . Bentuk

πŸ‘‰potong sandwush dalam pelbagai bentuk, segi empat, bulat,bintang dan sebagainya.

πŸ‘‰tidak terhad kepada sandwish, buah boleh, air krim homemade, nasi dan sebagainya.


 

 3.  Join

πŸ‘‰ kita bagi mereka join sekali dalam proses nak buat makanan. ini termasuk proses pembelian, proses penyediaan, proses masak dan proses plating (letak makanan atas pinggan)
πŸ‘‰kesilapan ibu bapa adalah tidak melibatkan anak dalam proses ini dari A sampai Z. selalunya sekerat jalan. Anak tidak dapat nak melihat apa yang terjadi kepada makanan dari awal sampai akhir.

4 . Bunyi 

πŸ‘‰ bagi anak kecil kita boleh buat bunyi kapal terbang, cho cho train, kereta semasa nak menyuap makanan.

πŸ‘‰ jika tidak pandai, boleh berbual dengan kanak-kanak. ni warna apa? ni makanan apa? hal ini membuatkan kanak-kanak gembira untuk makan
πŸ‘‰ masalah sekarang ibu bapa gemar melihat telefon bimbit daripada melihat kanak-kanak. hal ini membuatkan kanak-kanak tidak seronok untuk makan


 

5 . Ikon

πŸ‘‰ sebelum waktu makan boleh pasangkan cerita mengenai makanan sihat atau mereka makan dengan banyak.

πŸ‘‰ hal ini sentuh bahagian psikologi di mana secara tidak sedar menggunakan anak unutk makan sebab adanya ikon mereka.
πŸ‘‰ boleh guna ikon sebagai model atau contoh yang baik.

Thursday, November 26, 2020

PENJAGAAN GIGI DAN GUSI

KEPENTINGAN GIGI PRIMER (GIGI SUSU)


  • boleh mengunyah makanan
  • dapat bercakap dengan jelas
  • dapat meningkatkan harga diri
  • memastikan gigi kekal tumbuh dengan baik


PANDUAN PENJAGAAN ORAL
  • baru lahir hingga 24 bulan
    • bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasar selepas makan dan sebelum tidur
  • elakkan membiar bayi anda tidur dengan botol susu didalam mulutnya kecuali ia diisi dengan kosong sahaja.
  • gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
  • berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
  • mengatur tabiat makan anak anda.

  • 2 hingga 6 tahun
    • ibu bapa perlu terus memberishkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
    • mula menggunakan flos di bahagian gigi yang rapat.
    • bejumpa dengan doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.



 TEKNIK MEMBERUS GIGI YANG BETUL
  •  mulakan dengan gigi atas. berus gigi ke bawah dan jauhi gusi. pastikan berus gigi si kecil boleh sampai ke bahagian atas gigi belakangnya.
  • selepas itu gigi bawah, buat seperti langkah pertama.
  • teruskan dengan permukaan gigi kacip. berus semua permukaan gigi tersebut.
  • jangan lupa berus bahagian atas dan bawah gusi dalam gerakan membulat. pastikan bahagian dalam dan luar gusi juga diberus.
  • jika sukar untuk memberus gigi anak slepas menyusu, pastikan anak minum air masak selepas menyusu susu formula. ia boleh mengelakkan karies gigi.

Tuesday, November 24, 2020

BAHAN BANTU MENGAJAR


Bahan Bantu Mengajar @ BBM 

😁Satu elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan abm adalah satu kaedah yang sesuai bagi membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Abm akan membantu keberkesanan dalam pencapaian objektif pembelajaran.
😁ABM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan yang digunakan sepanjang berlaku proses pembelajaran akan dikira abm, ia tidak terhad kepada buku-buku teks, kertas, gambar sahaja.

Terdapat pelbagai jenis abm antaranya ialah

πŸ’™Bahan maujud 

CONTOH ABM BAHAN MAUJUD
πŸ‘†
KLIK DISINI


πŸ’»Abm berasaskan elektronik
πŸ‘†
KLIK DISINI

contoh lembaran kerja
πŸ‘‡




 
πŸ’ƒAbm bercorak pengalaman, dan bahan sebenar daripada alam semulajadi seperti lakonan, tarian, lawatan, pameran dan sebagainya.

Kepentingan ABM 

  1. Dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa.
  2. Mempertingkatkan minat murid dalam pdp.
  3. Murid dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar.
  4. Dapat mengekalkan ingatan yang lebihlama terhadap isi-isi pelajaran.
  5. Berasaskan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu.
  6. Abm membantu murid mengalami pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran menarik.
  7. Melahirkan murid yang lebih kreatif dan berdaya saing.
  8. Dapat menerapkan kerjasama antara murid dengan guru serta murid dengan murid.
  9. Menjimatkan masa dan murid akan belajar lebih lama dalam masa yang singkat.
  10. Pemikiran murid akan lebih terbuka dengan meneroka abm.










Monday, November 23, 2020

KATEGORI DAN CONTOH-CONTOH BBM

Kategori-Kategori Bahan Bantu Mengajar:

  1. Bahan Keperluan asas (wall pocket, carta, board, alat tulis)
  2. Bahan Pusat sumber (bahan yang merangsang untuk mengira)
  3. Bahan Matematik (bahan yang merangsang untuk mengira)
  4. Bahan Bahasa Melayu (sudut bercerita, akhbar, kad, mengenal abjad)
  5. Bahan Pendidikan seni (lukisan, warna, DIY/kitar semula)
  6. Bahan Pendidikan muzik (instrumen muzik, kaset, radio)
  7. Bahan Pengurusan diri (singki, cermin muka, sabun)
  8. Bahan Pendidikan islam(sejadah, iqra, kisah-kisah nabi)
  9. Bahan Reaksi luar/dalam (gelongsor, petak pasir)
  10. Bahan Permainan dalam(patung pupet, anak patung)
INI ANTARA CONTOH-CONTOH ABM YANG DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
HAIWAN LAUT



BENTUK

MENGELASKAN MENGIKUT WARNA


PAKAIAN TRADISIONAL

NOMBOR


Thursday, November 19, 2020

KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

KANAK-KANAK DAN SENI VISUAL

       πŸ‘‰Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

KEPENTINGAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

(a) Aspek Kognitif

   πŸ’œ Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

      πŸ’œ Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta merta.

(c) Aspek Kreativiti

     πŸ’œ Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

 

(d) Aspek Persepsi

   πŸ’œ Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

    πŸ’œ Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. 


HASIL SENI KANAK-KANAK 

                                  gambar 1 guntingan                    gambar 2 capan

                                       gambar 3 kolaj                              gambar 4 lipatan

                             gambar 5 anyaman                                gambar 6 lukisan 

Wednesday, November 18, 2020

MUZIK UNTUK KANAK-KANAK



 

Definisi muzik :

  • Bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri.
  • Untuk menghasilkan muzik yang berkualiti, penyusunan elemen muzik yang betul dan terperinci diperlukan.
Kepentingan muzik :

- Dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak
  • Kajian membuktikan bahawa muzik meningkatkan kadar celik huruf di kalangan kanak-kanak. 
  • Melalui muzik, kanak-kanak mengenal bunyi huruf dan perkataan. 
  • Lagu ABC antara lagu awal yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang turutan huruf.
- Dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak
  • Tidak dinafikan juga, muzik membantu perkembangan emosi dan menjadi terapi dalam pelbagai situasi.
  • Bayi sering memerlukan 'lullaby' ketika mendodoikan mereka. 
- Dapat meningkatkan daya fikir
  • Muzik seperti biasa mampu menguatkan ingatan.
  • Bukan sekadar di peringkat kanak-kanak, orang dewasa juga banyak mengambil manfaat untuk menghafal sesuatu melalui irama dan rima.
- Boleh mengajarkan disiplin 
  • Ibu bapa dapat menjadikan muzik sebagai salah satu cara mendisiplinkan anak-anak dengan jadual seharian.
  • Contoh untuk menggunakan muzik sebagai 'transition' , daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
πŸ‘‰ Picking up toys ("toys away, toys away, it's time to put the toys away")
πŸ‘‰ Brushing teeth ("brushing, brushing, brushing teeth", sung to the tune of "London Bridge is Falling Down")
πŸ‘‰ Taking a bath ("Now it's bath time, now it's bath time, yes it is", sung to the tune of "Are You Sleeping")


BERMAIN ALAT MUZIK MENGIKUT UMUR

6- 9 BULAN
🎡 Bayi suka membuat bunyi dengan apa-apa objek yang tersedia.
🎡 Memanipulsi benda yang boleh dicapainya dan tertarik dengan kemampuan barunya menghasilkan bunyi daripada objek.
🎡 Bayi akan tekan, tendang, pukul hampir semua benda yang berada disekelilingnya untuk          menghasilkan bunyi.
🎡 koordinasi mata-tangan bayi terbentuk.







18 BULAN - 2 TAHUN
🎡 Kanak-kanak akan mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi
🎡 Contoh: kanak-kanak mengambil cawan, magkuk dan peralatan tertentu untuk menghasilkan bunyi. 

2-3 ½ TAHUN
🎡 Minat sebenar terhadap alat muzik meningkat.
🎡 Kanak-kanak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman.
🎡 Berikan mainan yang dapat membuat bunyi muzik yang menarik spt zilofon, drum, paip, rebana @ marakas.
🎡 Boleh reka sendiri dgn bahan terpakai spt botol, tin.  

4-5 TAHUN
Mula melakukan percubaan dengan alat muzik sebenar.
Boleh mengenalpasti bunyi-bunyi tertentu dari alat muzik & memainkan pelbagai irama muzik, baik utk mengiringi lagu @ dendangan muzik @ mencipta lagu sendiri. 








Tuesday, November 17, 2020

APLIKASI PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK

     APLIKASI PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK

 

●   Untuk menggalakkan kanak² mempelajari perkara² mudah seperti warna, bentuk, huruf & nombor dgn cara yg menghiburkan.


●  Setiap 'games' mempunyai tahap umur yang berbeza.


●  Aplikasi ini bukan hanya membina keseronokan malah menarik minat kanak² utk belajar sambil bermain.


●  Dalam setiap 'games' mempunyai penceritaan suara, grafik yg berwarna-warni & kesan bunyi yg menyeronokkan dpt membantu kanak² untuk belajar huruf, ejaan, matematik & banyak lagi.

 

CONTOH GAMES UTK KANAK2

 

1. BABY GAMES


Tekan disiniπŸ‘†

-  Mempunyai 15 jenis permainan yg menarik minat kanak² dlm satu 

    aplikasi.


- Satu permainan kanak² dgn gambar yg berwarna-warni & animasi yang kreatif contohnya haiwan, permainan & lain².


- Sesuai utk kanak² berumur 2 hingga 4 tahun.

- Dalam games ini , kanak² dpt:

1. menyebut nama haiwan & ucapkan terima kasih.

2. mempelajari tentang warna, bentuk & ciri².

3. pujian & hadiah :

bintang, belon jika berjaya menyelesaikan aktiviti.



2. COLORS AND SHAPE



 






Tekan disini πŸ‘†


- Terdapat 2 pembelajaran dalam aplikasi ini iaitu warna dan bentuk

  dan dibahagikan kepada 4 mini games untuk setiap 

  pembelajaran.


- Sesuai utk kanak² berumur 3 tahun ke atas.

- Aplikasi ini bagus & mudah untuk download kerana tidak dikenakan 

  bayaran

- Tidak menggunakan data yang 

  banyak.  

Saturday, November 14, 2020

KEBAIKAN PERMAINAN GAME UNTUK KANAK-KANAK

 KEBAIKAN  PERMAINAN UNTUK KANAK-KANAK


🌈 Menambah ilmu pengetahuan 

Kanak² akan dibekalkan dgn ilmu pengetahuan sambil bermain. 

Permainan yg dipilih oleh mereka pada masa yg sama mendidik mereka dlm mengiri, membaca, mengenali bentuk & warna serta menghafal. 

 πŸŒˆ ​Menguatkan daya ingatan 

Permainan memori membantu menguatkan daya ingatan kanak² dgn menggunakan objek seperti buahan² & haiwan yg comel bagi menajamkan ingatan mereka. 

Dengan ini, kanak² akan lebih mudah menghafal sesuatu ayat. 

🌈​ Meningkatkan daya kreativiti & imaginasi

Kanak² akan lebih cepat bertindak balas dgn sesuatu yg nyata & mempunyai daya tarikan warna yg menarik, cahaya, bunyi dan gambar. 

Mereka akan menggambarkan sesuatu dlm benak fikiran dan berlakulah proses penaakulan dlm pencarian definisi dan penyelesaian masalah. 

 πŸŒˆ ​Memberi pemahaman bentuk & warna 

Kanak² akan lebih mengenali bentuk dan warna di sekeliling mereka. 

Mereka dapat membezakan bentuk & warna yg tertentu bagi suatu keadaan dan situasi pada ketika itu. 

🌈 ​Meningkatkan kemahiran matematik

Kanak² dpt mengasah kemahiran mengira mereka pada usia muda  - pembelajaran menambah & menolak pada umur tadika akan membantu mereka agar lebih maju di peringkat sekolah rendah. 

🌈 ​Meningkatkan kemahiran membaca 

Permainan seperti mengenai huruf dan ejaan membantu mereka agar lebih bijak dlm pembacaan huruf & ejaan.

Permainan kata nama dan kata kerja juga salah satu teknik pembelajaran bagi kanak² agar dapat membina ayat yg lancar dan betul






Friday, November 13, 2020

KEBURUKAN PERMAINAN GAME UNTUK KANAK-KANAK

KEBURUKAN PERMAINAN GAME

⚡ Membantutkan perkembangan sosial

Apabila mereka didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan & kawalan, mereka akan menjadi ketagih dengan permainan tersebut & akan merencatkan pertumbuhan yang sepatutnya dicapai. 

Ketagihan bermain permainan game merupakan masalah yang besar kerana ia sangat mempengaruhi kanak-kanak sepanjang proses perkembangan mereka.  

Kanak-kanak juga akan kehilangan tahap keyakinan diri dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bergaul dgn masyarakat bgi aktiviti luar. 

 ⚡​ Meninggalkan Kesan kepada sikap. 

Kanak² menjadi leka dan sifat malas makin berleluasa. Ini kerana ibubapa memberi kanak-kanak bermain tanpa peraturan. 

Mereka juga menjadi kurang memberikan perhatian di dalam pembelajaran kerana mereka akan sentiasa memikirkan permainan yg ada di dalam ipad, tablet & telefon bimbit. 

">Intelek kanak-kanak akan lebih terbantut jika terlalu didedahkan dengan dunia maya. Kanak-kanak tidak dapat membina pengalaman baru secara nyata. 

 ⚡ ​Menjejaskan kesihatan 

Games memberi impak kesihatan yg buruk kepada kanak² terutamanya masalah penglihatan rabun jauh & dekat. Ini berpunca kerana melihat cahaya pada telefon dalam jangka masa yang panjang dan pada jarak yang sangat dekat atau jauh.

Dari segi pemakanan pula kanak-kanak akan kekurangan zat makanan. Bukan sahaja zat tetapi pengambilan makanan juga tidak teratur disebabkan terlalu fokos kepada games sehingga mereka mengabaikan masa makan. 

⚡ ​Menjejaskan Emosi kanak-kanak

 Kanak-kanak akan mudah marah kerana kanak-kanak tidak dapat mengawal kesabaran. Permainan pada zaman ini sangat canggih dimana kanak-kanak tidak perlu menunggu dalam masa yang lama untuk proses seterusnya. 

Kanak-kanak juga akan mengamuk sebagai tanda protes tidakbersetuju atau menolak. Kanak-kanak akan kurang didikan moral jika terlalu obses dengan permainan games 

Thursday, November 12, 2020

GALERRY

 

GALERRY 


Sumber dari Youtube


Sumber dari Youtube


Sumber dari Youtube


Sumber dari Youtube



Sumber dari Google


Sumber dari Youtube


Sumber dari Youtube


Sumber dari Google 

 Sumber dari Google

Sumber dari Google


Sumber dari Google


  

Sumber dari Youtube


Sumber dari Youtube


Sumber dari Youtube

    Wednesday, November 11, 2020

    RUJUKAN

      RUJUKAN

    1. CIK MERAH (2013), Jom hias blog. Diperoleh dari 

             http://cikmerah11.blogspot.com/2013/01/jom-hias-blog.html?m=1

    2. JM (2014), Mencipta dan menambah Tab Menu di Blog. Diperoleh dari

         
    3. IWAN RUDIAWAN (2017), Cara membuat Tab menu pada blogspot video toturial. Diperoleh dari 


    4. Pusat PERMATA pokok sena (2005), 6 Bidang Perkembangan. Diperoleh dari
                   

    5. Tembuakar Corp (2013), Pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Diperoleh dari
       
        
    6. Teacher Lin (2019), Penjagaan gigi kanak-kanak. Diperoleh dari
       

    7. Nota penjagaan dan asuhan dalam pendidikan awal kanak-kanak (KPK 2063)
                    
    8. Nota muzik dan gerakan awal kanak-kanak (KPK 2143)
        
    9. Unknown (2016), Definisi bahan bantu mengajar. Diperoleh dari

        
    10. Nurulatikah Yunus (2017), Alat Bantu Mengajar. Diperoleh dari


    11. Unknown (2017), Apresiasi muzik dan nyanyian kanak-kanak. Diperoleh dari

        
    12.  Nor Azura Ismail (2016), Bengkel seni kreatif kanak-kanak. Diperoleh dari


    13. Tdy (2012), Perkembangan seni kanak-kanak. Diperoleh dari

        
    14. Didi and friend (2019), Nasihat nenek. Diperoleh dari

              https://youtu.be/S6nusE-rDbg 

    15. Aina Sam (2017), Bahan bantu mengajar elektronik. Diperoleh dari
     

    16. Ria Official (2019), Cara membuat ulat dari origami. Diperoleh dari

              https://youtu.be/Oy7mCdy4A1Y 

    17. Akmal Zaidib (2018), ABM Kotak minda. Diperoleh dari

               https://youtu.be/xLBRGvPDsCM 

    18. Creative Hud (2020), 4 Simple Activities Sensory & Motor Game. Diperoleh dari

               https://youtu.be/Uwm3_BzJnco 

    19. Steven Sandai (2020), Lawatan ke zoo G2G Animal garden. Diperoleh dari

               https://youtu.be/6l4Tc8SFnsw 
     
    20. Maw maw (2020), Bahan Bantu Mengajar. Diperoleh dari

               https://youtu.be/lVpq0WWn8JU 

    21.Channel AR (2019), Teks Background Color. Diperoleh dari


    RUJUKAN BUKU

    1. UPM Serdang (2013), PERMATA Negara. Diperoleh dari
        UKM cetak Sdn. Bhd. Bangi Selangor, Penerbit Universiti Putra Malaysia

    2. Terbitan (2016), Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Diperoleh dari
        Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya, Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia

    3. Bahagian pemakanan kkm (2018), Garis panduan perancangan menu di Taska. Diperoleh dari
        Bahagian pemakanan kesihatan Malaysia, Jabatan kebajikan Masyarakat Malaysia